Saturday, September 25, 2010

MAKLUMAN PENTING UNTUK PENGUNJUNG

BLOG INI TIDAK AKAN DIUPDATE KAN LAGI.SILA KE :

SINI

Reezal Merican jadi hero Wayang Kulit

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mendedahkan sepucuk surat yang didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog, Pisau.net bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

‘‘Bagi orang Islam, kalau ia (sumbangan) daripada sumber tidak halal, mereka lebih rela susah daripada menerima sumbangan daripada perjudian kerana ia adalah haram. Lumba kuda ini bukankah satu bentuk perjudian?,” tegasnya [di sini ]

Alahai, bila pula Umno membenci judi? Reezal bercakap seolah-olah pemimpin Umno itu bersih daripada gelumang judi.Kerajaan Barisan Nasional sangat bergantung dengan penghasilan judi dan tidak berani menghapuskan judi di Malaysia kerana judi memberikan hasil yang sangat lumayan kepada Negara.

Dan secara tidak langsung , sebahagian ummat Islam dalam negara kita mahu tidak mahu terperangkap dalam menerima dan mengambil manafaat dari hasil judi negara. Ini berlaku melalui tindakan kerajaan BN yang melabur dalam syarikat - syarikat judi yang besar ini . Sebagai contoh , merujuk kepada Laman Bursa Saham Kuala Lumpur [ KLSE - RIIAM Information System ] dicatat badan - badan yang mewakili kerajaan Malaysia menanam saham dalam syarikat - syarikat judi .

a] KWSP : Jumlah saham : RM 7, 894, 800 [labur di Genting Highland & Resort World Bhd]
b] Lembaga Tabung Angkatan Tentera : RM 45, 162, 668 [ Resort World Berhad ]
c] Amanah Raya Berhad : RM 8, 828, 400 [ Metroplex ]
d] Kementerian Kewangan M'sia : RM 327,000 [ Metroplex ] & RM 20,000 [Berjaya Group]

Lebih malang lagi, syarikat - syarikat judi ini turut dimiliki atau dikuasai oleh orang - orang Islam yang pastinya memalukan nama baik Islam dan ummatnya. Namun ini realiti negara kita : [ rekod lama yang kita miliki dan sebahagiannya kekal sehingga sekarang ]

a] Genting Berhad : Tun Hanif Omar : Bekas Ketua Polis Negara sbg Deputy Chairman
b] Magnum Corp Bhd : Tan Sri Dato' Khir Johari : Bekas Menteri : Vice Chairman
c] Resort World Bhd : Tun Hanif Omar : Bekas Ketua Polis : Deputy Chairman
d] Berjaya Group : Dato' Sulaiman Mohd Noor : Director
e] Berjaya Sport Toto : Tan Sri Dato' Jaafar Abdul : Director
f] Leisure Managment Bhd : Tan Sri Dato' Khir Johari : Bekas Menteri : Director
Kalau Reezal dan puak-puak Umno di Pulau Pinang itu benar-benar menentang judi , awat hangpa semua kecut teloq tak berani nak tegok kerajaan Najib? Malah Najib sendiri yang merupakan cucu kepada Tan Sri Noah (bekas pengerusi Genting), adalah seorang pewaris saham Genting Berhad (syarikat pegangan ekuiti perniagaan judi dan kasino) dan Resorts World Berhad yang mengendalikan perniagaan judi dalam dan luar negara termasuk di atas kapal peranginan.

Tetapi sebenarnya, Reezal dan puak-puak Umno Tanjung berasa cemas dan tergugat apabila pemberian RM100 kepada warga emas telah mengubah persepsi rakyat, termasuklah penyokong-penyokong hardcore umno.Saya pasti Guan Eng akan menjelaskan pembohongan Reezal dan puak-puak Umno ini.

Friday, September 24, 2010

Muhyiddin gagal bertindak keatas dua Pengetua rasis.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai Menteri Pendidikan,gagal untuk mengambil tindakkan tatatertib yang sewajarnya keatas pelaku rasis dibawah kementeriannya.

Muhyiddin cuba mengelak dari tanggung jawab tersebut dengan mengakui bahawa ia tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap dua pengetua sekolah yang dipercayai mengeluarkan kata-kata rasis.

"Menteri tidak boleh membuat sebarang keputusan berhubung pegawai kerajaan yang berada pada tangga gaji gred 48 dan ke atas, saya percaya gred pengetua itu adalah 52

"Bagi pegawai bergred seumpama itu hanya lembaga disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh ketua pengarah boleh bertindak,” katanya.[di sini]

Siti Inshah Mansor, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra, telah mengherdik pelajar-pelajar China supaya pulang ke China dan menghina pelajar India sebagai mirip "anjing" kerana memakai lilitan tali dipergelangan tangan mereka.

Ungku Aznan sekadar dipindahkan ke pejabat pendidikan di Kuala Muda di Sungai Petani, selepas insiden tersebut

Kerajaan telah gagal untuk bertindak cepat m,enangani masalah rasis yang melibatkan dua pengetua sekolah tersebut, walaupun tindakan pantas yang luar biasa mereka lakukan dalam kes rapper kontroversi Wee Meng Chee atau "Namewee".

Umno lempar batu sembunyi tangan ....

Bukti Umno ada kaitan dengan syarikat tersebut
Akhirnya misteri pemberian replika cek bernilai RM4 billion atas nama Pas Malaysia yang kini menjadi buah mulut terbongkar.Umno seolah-olah cuba melempar batu dan sembunyi tangan...begitu terdesak sekali Umno cuba memfitnah PAS.



Rupa-rupanya Abdul Rahim bin Abdul Wahab, pengerusi syarikat I'DA WorldGroup Sdn Berhad syarikat yang memberikan replika cek tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan Umno.Lihat sumber [di sini] dan cerita auta Abdul Rahim  [di sini]

Thursday, September 23, 2010

Kertas siasatan pembunuhan Sosilawati direjek - Apa sebenarnya yang ada di sebalik batu?

Hanya selepas tiga hari Najib memberi pujian kepada PDRM yang kononnya berjaya buat siasatan keatas kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, tiba-tiba kita semua dikejutkan dengan berita bahawa kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki yang polis hantar ke Jabatan Peguam Negara tidak sampai 24 jam kelmarin,telah dipulangkan semula kerana masih belum lengkap.

Alasan Peguam Negara ialah : Kertas Siasatan tersebut tidak lengkap.Ini menunjukan kepada kita bahawa PDRM tidak cekap menjalankan tugas hingga Peguam Negara terpaksa rejek mentah-mentah begitu sahaja.

Nampaknya pujian Najib terhadap PDRM agak terlalu awal dan terburu-buru.Tetapi kalau difikir-fikirkan, tentu mustahil PDRM tidak tahu buat kerja.

Perkembangan ini agak menimbulkan keraguan orang ramai.Apa sebenarnya yang ada disebalik penolakan tersebut? Adakah apa-apa yang cuba nak dicover-up?

MStar melaporkan :

Peguam Negara Kembalikan Kertas Siasatan Kes Sosilawati Kepada Polis

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara, Rabu, memaklumkan bahawa mereka telah mengembalikan laporan kertas siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain kepada polis untuk diperincikan lagi.

Ketua Bahagian Pendakwaan jabatan itu, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah yang mengeluarkan satu kenyataan akhbar pada pukul 11 pagi menyebut:

"Kertas siasatan berkaitan dengan kes Datuk Sosilawati dan tiga yang lain telahpun dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September (Selasa) dan Peguam Negara telah mendapati banyak lagi perkara yang perlu dibuat siasatan lanjut."

Sehubungan dengan itu, katanya, Peguam Negara telah memberi beberapa arahan tertentu untuk dijalankan oleh pihak polis dan juga menyiasat kes-kes lain yang dikatakan mempunyai kaitan dengan suspek-suspek berkenaan.

Menurut Tun Abd Majid lagi, kertas siasatan tersebut telahpun dikembalikan kepada pihak polis pada hari yang sama (Selasa).

Wednesday, September 22, 2010

Sokong umno bermakna sokong maksiat dan mungkar

Dulu-dulu, bila sebut sahaja Genting Highlands, kita semua akan tergambarkan bahawa disitu adalah tempat orang berjudi. Tempat berjudi adalah tempat maksiat.

Sudah tentu mereka yang berugama  Islam akan dihalang daripada memasuki kasino di Genting.Orang-orang Islam amat malu untuk kesana kerana tempat tersebut  begitu sinonim dengan judi. Sebut Genting, manusia akan teringatkan judi sebab adanya kasino di situ.

Walau bagaimanapun, kini sikap kebanyakan mereka yang beragama Islam telah berubah.Genting menjadi tumpuan dan  menarik minat mereka untuk berkunjung kesana.

 Ini adalah kerana tempat tersebut telah dibalut dan dihiasi dengan suasana persekitan yang nyaman dan indah dengan pemandangan dan panoramanya; ditambah pula dengan penyediaan  lokasi makan minum yang istimewa , taman-taman  untuk bersantai dan tarikan-tarikan lain hinggakan  tempat maksiat perjudian yang jelek itu menjadi   indah dan menjadi tumpuan orang-orang Islam untuk mengunjunginya.

Orang-orang Islam kini sudah tidak malu atau segan untuk kesana; malah bermegah bila bercuti atau berkursus ditempat tersebut.Kini kerajaan Najib  akan menambahkan  satu lagi kasino.Umno sememangnya menggalakan maksiat dan mungkar. Sokong Umno bermakna anda sokong maksiat dan mungkar!

Tuesday, September 21, 2010

Transformasi Negara : Satu Malaysia, Dua Kasino

Sebuah lagi kasinio dijangka akan muncul dibawah Rancangan Transformasi Ekonomi 1Malaysia. Khabarnya,  Kasino tersebut akan dibina sebagai sebahagian daripada pembangunan pusat pelancongan ‘Karambunai Integtated Resort’ yang seluas 500 ekar di Sabah.

Mungkin Najib mendapat inspirasi dari arwah Datoknya dan cuba mengikut jejak langkahnya.

Arwah datok sebelah ibunya, Tan Sri Haji Mohammed Noah bin Omar bersama Tan Sri Lim Goh Tong telah menubuhkan syarikat Genting Highlands Berhad pada 27 April 1965

Di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman, PM Malaysia yang pertama, Noah dan Lim berjaya mendapatkan 12,000 ekar tanah daripada kerajaan Pahang dan 2,800 ekar tanah daripada kerajaan Selangor diantara tahun 1965 dan 1970

Satu Malaysia , Dua Kasino